Wednesday 23 May 2012

Teh Herba Al Habsyee








Harga Pasaran : RM19.00


Ramuan istimewa dan serasi Teh Herba Al-Habsyee kombinasi teh dan herba berkualiti yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan keupayaan daya sistem tahan tubuh. Ia adalah satu lagi produk berasaskan teh gabungan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan semulajadi. Kesihatan dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan dapat dikecapi melalui pengamalan gaya hidup sihat dan pemakanan tambahan yang efisyen. Teh Herba Al Habsyee berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan masalah penghadaman, meningkatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan.

Kayu Manis- Cinamomum Zeylanicum (Cinnamon)
Secara tradisionalnya kayu manis dapat memperbaiki pengaliran darah di dalam badan, membantu sistem pencernaan, membantu menurunkan kandungan gula berlebihan di dalam badan serta mengurangkan risiko penyakit diabetes. Oleh kerana itu ia dapat meredakan sakit perut, meningkatkan selera makan, juga mengurangkan simptom-simptom sebelum haid (PMS)seperti mengurangkan senggugut dan melancarkan aliran darah haid,

Buah pelaga-Amomum cardamomum (Cardamom)
Di barat gabungan pelaga dan bahan-bahan lain dapat memberikan kesan sinergi bagi membantu mengurangkan masalah sistem penghadaman dan melegakan masalah senak perut atau kembung. Ia juga memberi kesan aphrodisiac dan membantu mengawal masalah kegemukan.

Buah pala-Myristica fragrans (Nutmeg)
Kebaikan buah pala ialah meredakan kembung dan membantu merawat masalah cirit-birit, muntah dan loya.

Bunga Cengkih-Eugenia aromatica (Clove)
Dengan menghisap dua batang cengkih dipercayai dapat mencegah ketagihan alkohol.
Masyarakat cina secara tradisionalnya menggunakan cengkih untuk merawat masalah penghadaman dan cirit-birit, hernia dan masalah kulit yang disebabkan jangkitan kulat.


Manakala masyarakat India, di dalam rawatan ayurveda mereka merawat masalah pernafasan dan percernaan dengan bunga cengkih. Pakar Herba German menggunakan bunga cengkih sebagai campuran untuk merawat gout. American Eclectic physicians percaya cengkih dapat merawat masalah penghadaman. Selain itu bunga cengkih dapat melegakan muntah-muntah, loya, memberi kesan antiseptic dan analgesic; iaitu menghalang jangkitan mikroorganisma dan bertindak sebagai antidote penahan sakit. Bunga cengkih juga dipercayai mengandungi anti-oksidan yang baik.

Teh-Camellia sinensis
Kafein yang terdapat di dalamnya dapat membantu merawat asma, sebagai stimulant manakalan sebatian polyphenol bertindak sebagai antioksidan untuk merawat kanser, tumor dan menghalang platelet dari bergumpal yakni melancarkan aliran darah, serta mencegah saluran arteri dari mengeras. Kandungan tannin pula membantu merawat masalah cirit-birit juga meningkatkan metabolisme badan.

Halia-Zingiber officinale
Halia diketahui mempunyai ciri-ciri aphrodisiac malah dapat menghangatkan badan. Selain itu ia membantu mengatasi masalah penghadaman, menghilangkan loya dan muntah-muntah. Halia juga mempunyai ciri-ciri anti inflamasi untuk merawat arthritis, rheumatism, dan kejang otot. Kesan therapeutic pula dapat membuang toksin dalam sistem badan, melancarkan aliran darah, serta mencuci buah pinggang dan usus.

Kopi Mak Dara



Harga Pasaran : RM 19.00


Kopi Mak Dara adalah kopi yang berherba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Ramuan minuman herba yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk luar tubuh dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh .

Kopi pra-campuran 4 dalam 1 ini, mengandungi herba seperti kayu serapat dan direka untuk kesihatan dalaman wanita.

Lulur Kopi Mak Dara



Saiz Produk : 130 Gram
Harga Pasaran : RM22.00

Kelebihan:


Aroma lulur kopi Arabica memberikan ketenangan, kesegaran kepada tubuh dan melancarkan peredaran darah.


Lulur kopi menganjalkan kulit dan membantu mencegah dan mengurangkan masalah selulit.
Lulur kopi mencerah dan mencantikkan tekstur kulit serta menghaluskan kulit.
Sifat antioksida yang terdapat dalam kopi dapat mencegah penuaan pada kulit dan membuang sel-sel kulit mati.


Lulur kopi menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
Ramuan kacang soya dan kacang hijau menolong warna kulit lebih sekata.

Cara Penggunaan
• Campurkan lulur kopi dengan bedak sejuk dan dicampurkan dengan air.
• Usapkan dan gosokkan lulur kopi pada seluruh tubuh dan rasai aromanya sehingga kulit terasa halus.
• Biarkan lulur kopi pada tubuh seketik agar aroma kopi menyerap ke seluruh tubuh.
• Bilas lulur kopi tersebut dengan air yang bersih.

Losyen Ibu Halimah



Harga Jualan : RM27.00


Kekal selesa dan bentuk badan yang diingini, terutamanya selepas kelahiran bayi
Rahsia kecantikan Ibu Halimah diabadikan di dalam pati losyen urutan. Sesuai digunakan apabila melakukan urutan ringan.
Dapat membantu mengekalkan bentuk badan yang diingini, disamping mengurangkan selulit. Juga berkesan untuk menghangatkan badan menghaluskan dan melembabkan kulit.


Persediaan Selepas Bersalin
Losyen Ibu Halimah adalah persediaan selepas bersalin yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan yang di dalam pantang dan memastikan tubuh sentiasa hangat.


Ia juga baik untuk mengurangkan rasa kesejukan, kebas pada badan dan menghilangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan. Sapu ke seluruh badan untuk urutan atau sapu ditempat yang bermasalah dengan urutan ringan. Untuk kegunaan luaran sahaja. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Bedak Sejuk Mak Dara



Harga Pasaran : RM22.00


Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam pada leher, supaya kulit sentiasa segar dan berseri


Cara Menggunakan
1.Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambahkan dengan beberapa titis air. Pupukkan di bahagian pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan hitam


2. Biarkan kering dan cuci bila perlu. Seelok-eloknya di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit


3. Agar muka tampakm lebih bersih, oleskan sedikit air pada bedak yang telah kering di kulit dan gosokkkan perlahan-lahan seperti menggosok lulur. Cuci muka dan bahagian yang berkenaan sehinga bersih.

Set Bersalin Ibu Halimah

Harga Pasaran : RM360.00
**item juga dijual secara berasingan

Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu. Amalan tersebut sangat dititikberatkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi
• Jamu Mak Dara Gold (Kapsul) 4 Botol
• Lulur Kopi
• Losyen Param Ibu Halimah
• Bauan Herba
• Bedak Sejuk
• Rempah Mandi
• Bengkung
• Tungku Kukus Herba

Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan and petua di dalam pantang


Maklumat Produk

Kandungan
• Jamu Mak Dara Gold (Kapsul) 4 Botol
• Lulur Kopi
• Losyen Param Ibu Halimah
• Bauan Herba
• Bedak Sejuk
• Rempah Mandi
• Bengkung
• Tungku Kukus Herba
Panduan Penggunaan & Amalan Berpantang


Jamu Vigor For Men



Saiz botol : 60 kapsul
Harga Pasaran : RM45.00 (Semenanjung)


Jamu Vigor For Men, telah diamalkan dari satu generasi ke satu generasi. Dihasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hujan Malaysia untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna dan kecergasan yang maksima sepanjang hari. Sesuai bagi lelaki yang mementingkan kesihatan yang sempuna luar dan dalam, malah mementingkan kesejahteraan dan kebahagian suami isteri. Amalkan pengambilan Jamu Vigor for Men untuk kekal muda dan kesihatan yang sejahtera.
Di antara kebaikan Jamu Vigor For Men :


Lemah Syahwat
Jamu Vigor for Men membantu meningkat libido lelaki dan membantu peningkatan hormone testosteronelelaki yang meningkatkan tahap seksual kaum lelaki.


Stamina
Jamu Vigor for Men membantu memulihkan tenaga yang hilang untuk kecergasan sepanjang hari.


Ketagihan Rokok
Selain itu, Jamu Vigor for Men juga membantu kaum Adam untuk mengurangkan ketagihan merokok kerana bahan-bahan herba yang aktif dapat menyingkirkan kesan nikotin, juga membantu perokok yang ingin berhenti serta mempercepatkan proses pemulihan.


Bentuk Tubuh
Jamu Vigor for Men juga dapat membuang toksik dalam badan sekaligus menyingkirkan lemak-lemak berlebihan dalam sistem tubuh. Ia secara tidak langsung dapat membantu mengawal dan menurunkan berat badan serta memperkemaskan bentuk tubuh.

Jamu Almira


Harga Pasaran : RMR45.00


Jamu Almira adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh.


Kami percaya pemakanan tambahan adalah perlu untuk kesihatan dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan. Jamu Almira bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk memberi kesan yang terbaik apabila digunakan secara berkala dan konsisten seperti yang dicadangkan.


Almira dapat :
• Mengatasi masalah keputihan
• Memberi tenaga        
•Membuang toksik dalam badan
• Memperbaiki sistem kitaran haid
• Membakar lemak berlebihan
• Membuang angin
• Mengurangkan masalah bau badan
• Mengatasi masalah kemaluan berbau
• Mengurangkan senggugut
• Rahsia untuk kekal Awet Muda


Selain itu Jamu Almira juga amat bagus untuk kebaikan dan kesihatan luar dan dalam anak gadis remaja.