Tuesday 14 February 2017

Jamu Mak Dara Gold



Harga Jualan : RM49.00 (60 Kapsul) / Serbuk 65.00 (Serbuk)

Produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu mengurangkan masalah-masalah seperti yang selalu dialami oleh wanita dari pelbagai peringkat umur. Ia merupakan satu produk herba yang menggabungkan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Khasiat produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem
tubuh.

Selain itu Jamu Mak Dara Gold juga dapat mengurangkan ketegangan sendi dan otot, sengal-sengal badan malah ia baik untuk mereka yang menghidap Arthritis.

Produk Jamu Mak Dara Gold merupakan pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita. Kecantikan dalaman wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat sehingga terpancar menampakkan kecantikan tubuh. Jamu Mak Dara Gold bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk merangsang gaya hidup sihat dan aktif apabila digunakan secara berkala dan konsisten berserta pemakanan seimbang dan senaman ringan

Boleh didapati di dalam bentuk serbuk dan juga kapsul.

Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-

1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.

2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.

3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.

4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.

5. Memberi Tenaga
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.

6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.

7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.

8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.

9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang ti- dak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.

10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.

11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.

12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.

Ready Stok 
BERMINAT?? CEPAT2 CALL/SMS/WHATS APP 
De Iras Zie Beauty 013-3456250 / 012-2216093 

ATAU TERUS DATANG KEDAI 

De Iras Zie Beauty 
Lot G-19, Ground Floor
Anggerik Mall Jalan 14/8
 Seksyen 14 40000 Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan 
Tel 013-3456250 / 012 2216093
 www.deirasziebeauty.blogspot.com 
www.deirasziebeauty.tumblr.com


Wednesday 6 August 2014

SET BERSALIN JAMU MAK DARA - KECIL

013 34526250 / 012 2216093
Set Bersalin Jamu Mak Dara dilengkapi dengan Tungku Kukus Beherba, Bengkung, Param Pilis, Minyak Telon, Jamu Mak Dara, Losyen Susut dan Bauan Herba yang dirumus menggunakan 100% herba asli khusus untuk merawat dan mengembalikan tenaga ibu selepas melahirkan anak.

Produk-produk di dalam Set Bersalin Jamu Mak Dara mengandungi ramuan semulajadi yang merupakan amalan turun-temurun bagi membantu merawat ibu dalam pantang.

Di samping membantu mengembalikan tenaga ibu bersalin, amalan berpantang menggunakan Set Bersalin Jamu Mak Dara turut berupaya mengecut dan menguatkan otot rahim yang lemah akibat proses kehamilan dan melahirkan anak selain membantu mengembalikan kelangsingan tubuh ibu dalam pantang.

Ia turut berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit seterusnya menjadikan tubuh ibu bersalin lebih segar dan bertenaga.

Kandungan:    

Bengkung (1 helai)
Bauan Herba
Losyen Susut Mak Dara (80 ml)
Jamu Mak Dara Gold (60 biji) x 2
Tungku Kukus Beherba (200 g)
Minyak Telon (15 ml)
Param Pilis Mak Dara (120 ml)

KEBAIKAN SET BERSALIN JAMU MAK DARA
         Merawat kaum ibu selepas melahirkan anak
         Mengembalikan tenaga ibu bersalin
         Memepercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
         Membuang angin dalam badan
         Meredakan kekejangan otot
         Mengembalikan kelangsingan tubuh
         Membantu mengecutkan dan menguatkan otot rahim
         Mengatasi keletihan dan kelesuan
         Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
         Menyegarkan tubuh badan
         Memelihara kehalusan kulit

KANDUNGAN SET BERSALIN JAMU MAK DARA

Bauan Herba

Buah Pelaga
Tumbuhan ini sering digunakan secara tradisional bagi merawat masalah pernafasan, selsema, pening kepala, serta tekanan.

Cengkih:
Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.
         
Buah Pala:
Buah Pala sememangnya kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, protein, kalium dan berperanan mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi di samping melancarkan saluran pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.

Lada Hitam:
Ekstrak lada hitam berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut.

Losyen Susut Mak Dara

Krim Asas:
Krim asas merupakan antara bahan utama yang digunakan di dalam produk ini serta berupaya memelihara dan melindungi kulit di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Aloe Vera: 
Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan kulit.

Acrylate:
Bahan ini berperanan sebagai bahan penstabil bagi melindungi produk ini daripada kelembapan di samping membantu memelihara kulit daripada kerosakan.

Cili Capsicum: 
Cili capsicum atau cili bulat bersifat antioksidan dan antiradang serta berupaya menentang serangan kanser di samping membantu membuang angin dalam badan, meredakan kekejangan otot, penyakit dan migrain.

Neolone: 
Bahan ini bertindak sebagai bahan pengawet yang berfungsi melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan akibat serangan kulat dan bakteria.

Limau Purut: 
Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksidan dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.

Limau Nipis (Lime): 
Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.

Menthol: 
Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang penting untuk tubuh badan manusia. Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit, di samping meredakan sakit kepala dan tekanan.

Jamu Mak Dara Gold

Pippali (Piper Longum): 
Selain berupaya melancarkan proses penghadaman, herba ini turut digunakan dalam rawatan tradisional India atau Ayurveda bagi membantu membuang angin dalam badan, merawat masalah kesuburan, pedih ulu hati, ketegangan otot, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu memulihkan ibu bersalin.

Manjakani (Croton Caudatum): 
Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Helicteres Isora: 
Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini turut kaya dengan kandungan serat, protein, kalsium, zat besi dan fosforus yang berupaya menggalakkan fungsi organ dalaman, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, menguatkan sistem imunisasi bagi membantu menentang serangan penyakit di samping mengekalkan kehalusan dan keanjalan kulit. Ia turut mengandungi phenol, flavonoid, phytosterol dan karotenoid yang tinggi kandungan antioksidan ini merupakan mengurangkan kandungan kolestrol, mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Hippocratea Indica: 
Tumbuhan ini berupaya mengatasi radang yang merupakan tindak balas sistem imunisasi kepada jangkitan atau gangguan akibat peningkatan sel darah putih. Ia juga mampu mencegah bakteria, di samping melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan kadar kolestrol seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berikutan kewujudan sebatian kimia flavanoid, tannin, saponin dan alkaloid dalam tumbuhan ini.

Biji Ketumbar (Coriandrum Sativum): 
Biji ketumbar sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan manusia. Ia berkesan untuk mengatasi masalah angin dalam badan, menstabilkan paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah, dan memelihara sistem penghadaman dan pencernaan.

Tungku Kukus Beherba

Kunyit:
Selain digunakan sebagai bahan masakan dan membuang angin dalam badan, kunyit yang bersifat antioksidan dan antiseptik ini turut bermanfaaat dalam rawatan kulit. Ia membantu menentang proses penuaan, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah jerawat, serta melancarkan peredaran darah.

Halia:
Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, memelihara sistem saraf di samping membuang bau yang kurang menyenangkan pada tubuh badan dan darah haid. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi sakit pinggang, memanaskan badan yang kesejukan, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Serai Wangi:
Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.

Lengkuas:
Lengkuas bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan, malah turut mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia. Lengkuas yang bersifat antiradang ini membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan dan mengatasi masalah kulit seperti selulit. Herba ini juga turut membantu meredakan kesakitan pada otot selain berupaya membantu merawat dan mengurangkan risiko tumor.

Kapur: 
Kapur yang sering dimakan bersama daun sirih ini dihasilkan daripada cengkerang hidupan laut seperti kepah, kupang dan siput melalui proses pembakaran sehingga menjadi abu. Ia sebenarnya baik untuk kesihatan di mana kapur membantu mengurangkan bengkak, menyingkir bau badan yang kurang menyenangkan di samping membantu mencegah dan merawat rekahan pada perut selepas melahirkan anak.

Daun Asam Jawa:
Asam Jawa yang kaya dengan kandungan vitamin B dan kalsium ini berupaya membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti masalah pernafasan, demam dan penyakit kulit di samping mempercepatkan pemulihan luka dan mengatasi perut kembung. Selain itu, Asam Jawa turut berfungsi mengurangkan sakit sendi dan radang, di samping membantu mengukuhkan tulang dan otot.

Minyak Telon
Minyak Putih: 
Minyak putih terhasil daripada proses penyulingan petroleum dan berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping mengurangkan garis-garis halus serta memulihkan luka pada kulit.

Menthol:
Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang penting untuk tubuh badan manusia. Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya menyejuk dan menyegarkan kulit, di samping meredakan sakit kepala dan tekanan.

Limau Nipis:
Limau nipis sarat dengan vitamin C yang bertindak sebagai anti-oksida dan berperanan meneutralkan radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya pada kulit. Tumbuhan ini juga berupaya menyingkirkan toksin, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus selain bertindak menghalus dan meningkatkan kecerahan kulit.

Halia:
Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan, membantu memelihara sistem saraf di samping membantu menyingkirkan toksin di dalam tubuh badan.

Param Pilis Mak Dara

Krim Asas:
Krim asas merupakan antara bahan utama yang digunakan di dalam produk ini serta berupaya memelihara dan melindungi kulit di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Aloe Vera: 
Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan kulit.

Acrylate:
Bahan ini berperanan sebagai bahan penstabil bagi melindungi produk ini daripada kelembapan di samping membantu memelihara kulit daripada kerosakan.

Beras: 
Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.

Cekur: 
Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diambil ibu dalam pantang.

CARA PENGGUNAAN SET BERSALIN JAMU MAK DARA

Bauan Herba
Hidu Bauan Herba sebanyak 3 kali atau lebih.

Losyen Susut Mak Dara
Sapu losyen ini ke seluruh tubuh atau bahagian yang dikehendaki.
Urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit.
Boleh digunakan pada bila-bila masa.
Untuk kegunaan luaran sahaja.

Jamu Mak Dara Gold
Ambil 2 biji kapsul setiap hari pada waktu pagi dan petang.
Jauhkan daripaa kanak-kanak.
Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
Produk ini merupakan persediaan herba. Dapatkan nasihat doktor jika penyakit berlarutan.

Tungku Kukus Beherba
Basahkan tungku dengan sedikit air sehingga ia lembap.
Panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
Lapiskan dengan satu lapis kain dan tuam pada bahagian yang bermasalah.
Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Minyak Telon
Sapukan Minyak Telon pada dada, perut, pinggang, punggung dan tapak kaki bayi.
Sesuai digunakan setiap kali selepas mandi.

Param Pilis Mak Dara
Sapu minyak Param Pilis Mak Dara ke seluruh tubuh atau bahagian yang dikehendaki.
Urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit.
Boleh digunakan pada bila-bila masa.
Untuk kegunaan luaran sahaja.

Bengkung
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.

Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan lilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.

Anda disyorkan untuk memakai bengkung setiap pagi sejurus selepas mandi dan amalkannya setiap hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Digalakkan untuk memakai Losyen Susut Mak Dara dan Param Pilis untuk hasil yang optima.


BERMINAT?? CEPAT2 CALL/SMS/WHATS APP
De Iras Zie Beauty  013-3456250 / 012-2216093

ATAU TERUS DATANG KEDAI

De Iras Zie Beauty
Lot G-19, Ground Floor, Anggerik Mall
Jalan 14/8, Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel 013-3456250 / 012-2216093

deirasziebeauty@gmail.com

Wednesday 25 December 2013

PENCUCI MAHKOTA WANITA




Alat sulit wanita adalah mahkota paling berharga buat kaum hawa. Ia harus dijaga sebaiknya supaya tidak terdedah dengan jangkitan kuman dan bakteria terutamanya selepas datang haid. Jangan biarkan masalah keputihan, kegatalan, berair, berbau atau longgar menjadi punca si suami mula memperlihatkan reaksi yang menjemukan sehingga menjadi masalah kronik dalam rumahtangga. Jangan biarkan masalah yang dihadapi membelenggu diri anda. Ayuh!! Bangkit dan pastikan sisuami terus tersenyum. Dengan produk keluaran Jamu Mak Dara yang senantiasa membantu anda untuk jalan penyelesaiannya.

Vagina harus dijaga supaya terhindar dari dijangkiti kerana alat sulit wanita adalah sensitive, seharusnya ia kekal bersih terutamanya ketika datang haid kerana darah kotor yang keluar boleh menyebabkan kuman atau bakteria mudah hinggap.

Maka wajib bagi kaum hawa sentiasa mengekalkan tahap pH yang sesuai pada alat sulit supaya senantiasa sihat.

Pelbagai aduan yang dikongsi bersama Ibu Halimah mengenai masalah vagina yang dihadapi sebahagian kaum hawa. Salah satu daripadanya apabila kurang rangsangan pada alat kemaluan dan gangguan kesihatan yang melanda diri sehingga menyebabkan nikmat hubungan seksual terganggu dan akhirnya mengakibatkan tekanan perasaan dan rasa takut menyelubungi.

Kini, Jamu Mak Dara memperkenalkan Pencuci Mahkota Wanita Ibu Halimah untuk melindungi faraj dari sebarang jangkitan dan mengelakkan bau, keputihan serta masalah berair yang kurang menyenangkan.

Pembersih Alat Sulit wanita ini adalah produk gabungan formulasi monden dan tradisional berasaskan daun sireh, manjakani, akar serapat dan daun lidah buaya yang menyegarkan dan membersihkan vagina dari dijangkiti.

Biji Manjakani adalah satu herba yang boleh menghilangkan bau yang tidak enak dan berfungsi mengetatkan otot faraj. Khasiat sireh pula adalah sebagai antiseptik yang boleh mengimbangi tahap pH pada faraj untuk menghindari jangkitan kuman bagi mengelakkan ruam-ruam merah yang boleh menyebabkan kegatalan.

Akar serapat pula adalah herba yang boleh merapatkan faraj dan memberikan bau yang enak  disekitar vagina. Daun lidah buaya pula boleh mengurangkan masalah keputihan, menyahtoksik kuman dari dalam mahupun luar dan menghilangkan kegatalan pada kulit vagina.

Gabungan herba ini mampu mengeringkan luaran vagina untuk kelihatan sihat dan segar. Seluruh wanita di Malaysia dapatkan Pencuci Wanita Mahkota Ibu Halimah yang baru sahaja ada dipasaran untuk mengembalikan keceriaan dalam rumahtangga. Jangan malu ataupun segan kita atasinya bersama Jamu Mak Dara yang sentiasa membantu menyelesaikan masalah anda.

Sekiranya ingin memperolehi kesan yang lebih cepat, pengamalan Jamu Mak Dara Gold terdapat dalam bentuk serbuk dan kapsul secara konsosten dan teratur. Jamu ini membantu merapatkan dan menganjalkan otot vagina, menambahkan tenaga dalam badan, memperbetulkan kitaran haid dan memberikan kesegaran untuk melakukan tugasan harian. Pengamalan jamu juga boleh mengekalkan awet muda dan membantu menyelesaikan masalah kelembapan dan keputihan.
 Malah bau herba dari jamu ini mampu memberikan wangian yang segar pada vagina.

Wednesday 23 May 2012

Teh Herba Al Habsyee








Harga Pasaran : RM19.00


Ramuan istimewa dan serasi Teh Herba Al-Habsyee kombinasi teh dan herba berkualiti yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan keupayaan daya sistem tahan tubuh. Ia adalah satu lagi produk berasaskan teh gabungan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan semulajadi. Kesihatan dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan dapat dikecapi melalui pengamalan gaya hidup sihat dan pemakanan tambahan yang efisyen. Teh Herba Al Habsyee berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan masalah penghadaman, meningkatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan.

Kayu Manis- Cinamomum Zeylanicum (Cinnamon)
Secara tradisionalnya kayu manis dapat memperbaiki pengaliran darah di dalam badan, membantu sistem pencernaan, membantu menurunkan kandungan gula berlebihan di dalam badan serta mengurangkan risiko penyakit diabetes. Oleh kerana itu ia dapat meredakan sakit perut, meningkatkan selera makan, juga mengurangkan simptom-simptom sebelum haid (PMS)seperti mengurangkan senggugut dan melancarkan aliran darah haid,

Buah pelaga-Amomum cardamomum (Cardamom)
Di barat gabungan pelaga dan bahan-bahan lain dapat memberikan kesan sinergi bagi membantu mengurangkan masalah sistem penghadaman dan melegakan masalah senak perut atau kembung. Ia juga memberi kesan aphrodisiac dan membantu mengawal masalah kegemukan.

Buah pala-Myristica fragrans (Nutmeg)
Kebaikan buah pala ialah meredakan kembung dan membantu merawat masalah cirit-birit, muntah dan loya.

Bunga Cengkih-Eugenia aromatica (Clove)
Dengan menghisap dua batang cengkih dipercayai dapat mencegah ketagihan alkohol.
Masyarakat cina secara tradisionalnya menggunakan cengkih untuk merawat masalah penghadaman dan cirit-birit, hernia dan masalah kulit yang disebabkan jangkitan kulat.


Manakala masyarakat India, di dalam rawatan ayurveda mereka merawat masalah pernafasan dan percernaan dengan bunga cengkih. Pakar Herba German menggunakan bunga cengkih sebagai campuran untuk merawat gout. American Eclectic physicians percaya cengkih dapat merawat masalah penghadaman. Selain itu bunga cengkih dapat melegakan muntah-muntah, loya, memberi kesan antiseptic dan analgesic; iaitu menghalang jangkitan mikroorganisma dan bertindak sebagai antidote penahan sakit. Bunga cengkih juga dipercayai mengandungi anti-oksidan yang baik.

Teh-Camellia sinensis
Kafein yang terdapat di dalamnya dapat membantu merawat asma, sebagai stimulant manakalan sebatian polyphenol bertindak sebagai antioksidan untuk merawat kanser, tumor dan menghalang platelet dari bergumpal yakni melancarkan aliran darah, serta mencegah saluran arteri dari mengeras. Kandungan tannin pula membantu merawat masalah cirit-birit juga meningkatkan metabolisme badan.

Halia-Zingiber officinale
Halia diketahui mempunyai ciri-ciri aphrodisiac malah dapat menghangatkan badan. Selain itu ia membantu mengatasi masalah penghadaman, menghilangkan loya dan muntah-muntah. Halia juga mempunyai ciri-ciri anti inflamasi untuk merawat arthritis, rheumatism, dan kejang otot. Kesan therapeutic pula dapat membuang toksin dalam sistem badan, melancarkan aliran darah, serta mencuci buah pinggang dan usus.

Kopi Mak Dara



Harga Pasaran : RM 19.00


Kopi Mak Dara adalah kopi yang berherba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Ramuan minuman herba yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk luar tubuh dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh .

Kopi pra-campuran 4 dalam 1 ini, mengandungi herba seperti kayu serapat dan direka untuk kesihatan dalaman wanita.

Lulur Kopi Mak Dara



Saiz Produk : 130 Gram
Harga Pasaran : RM22.00

Kelebihan:


Aroma lulur kopi Arabica memberikan ketenangan, kesegaran kepada tubuh dan melancarkan peredaran darah.


Lulur kopi menganjalkan kulit dan membantu mencegah dan mengurangkan masalah selulit.
Lulur kopi mencerah dan mencantikkan tekstur kulit serta menghaluskan kulit.
Sifat antioksida yang terdapat dalam kopi dapat mencegah penuaan pada kulit dan membuang sel-sel kulit mati.


Lulur kopi menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
Ramuan kacang soya dan kacang hijau menolong warna kulit lebih sekata.

Cara Penggunaan
• Campurkan lulur kopi dengan bedak sejuk dan dicampurkan dengan air.
• Usapkan dan gosokkan lulur kopi pada seluruh tubuh dan rasai aromanya sehingga kulit terasa halus.
• Biarkan lulur kopi pada tubuh seketik agar aroma kopi menyerap ke seluruh tubuh.
• Bilas lulur kopi tersebut dengan air yang bersih.

Losyen Ibu Halimah



Harga Jualan : RM27.00


Kekal selesa dan bentuk badan yang diingini, terutamanya selepas kelahiran bayi
Rahsia kecantikan Ibu Halimah diabadikan di dalam pati losyen urutan. Sesuai digunakan apabila melakukan urutan ringan.
Dapat membantu mengekalkan bentuk badan yang diingini, disamping mengurangkan selulit. Juga berkesan untuk menghangatkan badan menghaluskan dan melembabkan kulit.


Persediaan Selepas Bersalin
Losyen Ibu Halimah adalah persediaan selepas bersalin yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan yang di dalam pantang dan memastikan tubuh sentiasa hangat.


Ia juga baik untuk mengurangkan rasa kesejukan, kebas pada badan dan menghilangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan. Sapu ke seluruh badan untuk urutan atau sapu ditempat yang bermasalah dengan urutan ringan. Untuk kegunaan luaran sahaja. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.